Thursday 24 November 2011 | By: KEMBOJA

BERITA SEMASA

BANJIR


Musim banjir datang lagi. Banyak kawasan sudah mula ditengelami air dan ada juga yang telah surut. Isuhangat mengucapkan takziah kepada mangsa banjir. Bersabarlah dengan ujian Allah ini, pasti ada hikmah di sebalik musibah ini.
Saya pernah merasa bagaimana teruknya apabila dilanda musibah banjir. Pengalaman mengharungi air sambil mendukung anak yang pada masa tu berusia 2 tahun, isteri bawa beg yang airnya diparas dada anak kedua pada kepekatan malam tiada elektrik serta air yang deras pasti tidak akan dilupa.
Selepas air surut, mengemas rumah yang penuh lumpur serta membuang barang-barang yang rosak ke tepi jalan macam baru dilanda perang. Oleh sebab itu bersyukurlah jika rumah anda tidak dilanda musibah banjir. Bersimpati dan hulurkan apa-apa yang patut kepada mangsa banjir kerana mereka amat memerlukan. Banjir
 walaupun sedalam semeter tapi kesannya memang mengharukan.


Majoriti Mahasiswa Dan Mahasiswi Menyokong Kepimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak

E-mail Print PDF
Kenyataan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011/2012 - Adam Adli mencalar imej UPSI dan tindakan golongan yang membuat demonstrasi bukan mewakili majoriti mahasiswa.
Berikut kenyataan dari Setiausaha Agung MPP UPSI, Shahril Khasin terhadap perbuatan kurang ajar Adam Adli yang mencemar nama baik seluruh mahasiswa dan UPSI dilama sosial FB beliau.
Baiklah, aku cuma nak ulas statement S/U MPP UPSI pada printscreen yang terakhir tu.
Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!
Benar, mereka yang melakukan demontrasi itu hanyalah MINORITI dan bukan majoriti siswa/i. Untuk pengetahuan semua, disetiap kampus/universiti diadakan pilihanraya yang dinamakan Pilihan Raya Kampus (PRK). Pada sessi 2011/2012 majoriti institusi pengajian dimenangi oleh Pro-Aspirasi dan hanya 3 yang dimenangi Pro-Mahasiswa.
Pro-Aspirasi adalah golongan yang lebih ke arah aspirasi serta visi institusi pendidikan berkenaan dan kerajaan Malaysia manakala Pro-Mahasiswa pula adalah lebih ke arah bertentangan atau biasa dipanggil dalam terms "lay-man" pembangkang. Mari kita imbas semula laporan dari Kosmo pada Februari 2011.
Pro-Aspirasi kuasai 7 universiti
KUALA LUMPUR – Pro-Aspirasi terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh buah universiti awam di negara ini.
Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bagaimanapun Pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa sudah berjaya merobek beberapa kubu Pro-Aspirasi.
Menurut jurucakap Pro-Aspirasi UPM, Muhammad Zulkhairi Dzulkifli, semua pemimpin dan pendokong kumpulan tersebut harus bekerja lebih keras pada masa depan bagi memastikan mereka terus mendapat sokongan padu daripada mahasiswa.

Penambahbaikan pastikan AUKU kekal relevan

01/11/2011 10:52pm

KUALA LUMPUR 1 Nov — Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 disifatkan masih relevan, namun beberapa penambahbaikan perlu dilaksana bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa pemimpin pertubuhan belia berpendapat pindaan harus dibuat terutama bagi memperjelas persoalan berhubung hak pelajar berpolitik, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, yang kini dianggap tersekat. Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed berkata beberapa peruntukan AUKU perlu diteliti semula agar dapat diperjelas dan memastikan tidak ada tafsiran berbeza terhadap sebarang peruntukan di bawah akta berkenaan.
"Sekarang keputusan yang dibuat berhubung AUKU tertakluk kepada bagaimana tafsiran akta itu dibuat... mahkamah ada tafsirannya, dan universiti ada sudut pandangannya sendiri,” katanya kepada Bernama.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Syed Anuar Syed Mohamad pula berpendapat AUKU tidak wajar dimansuhkan kerana perlu ada undang-undang bagi mengawal pergerakan serta penglibatan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
"Jika mereka diberi kebebasan sepenuhnya, kita khuatir ada pula pelajar IPT yang bertanding sebagai anggota Parlimen, ini sudah lari daripada asas sebenarnya dan akan mengganggu fokusnya sebagai pelajar,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pindaan perlu dilakukan bagi memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar untuk ”bergerak” dalam politik.
Beliau berkata pandangan dan input pelbagai pihak perlu diperoleh ketika kerajaan meneliti semula akta itu bagi memastikan pindaan yang dilakukan kelak adalah yang terbaik.
Setiausaha Agung Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Ahmad Ansor Mohd Rivai Batubara pula berkata penuntut IPT tidak seharusnya diberi kebebasan total dalam berpolitik, tetapi pada masa sama, suara dan pandangan mereka tidak boleh dikongkong keterlaluan.
"Kalau terlalu bebas, kita risau akan wujudnya ”elemen subversif”, tetapi pelajar tidak boleh didakwa atas kesalahan berpolitik, jadi ada klausa yang perlu ditambah (dalam akta),” katanya.
Beliau juga menolak andaian bahawa pengecualian untuk terlibat dalam politik, jika diberikan, akan menyebabkan pelajar terlalu bebas dan menimbulkan kecenderungan untuk bertindak agresif dalam berpolitik, termasuk mengadakan demonstrasi haram.
"Menurut statistik, tidak lebih daripada 10 peratus daripada penuntut IPT yang berminat untuk berpolitik, yang lainnya ”berpendirian bebas” atau sekadar menjadi ”pengikut,” katanya.
Sebaliknya, kata beliau, apa yang lebih penting, dengan memberi kebebasan berpolitik akan melahirkan lebih ramai penuntut yang matang dan berani untuk bersuara serta menyatakan pendapat mereka.
Katanya, membenarkan penuntut IPT terlibat dalam politik juga merupakan suatu proses ”peremajaan pemimpin” selain memberi pendedahan awal kepada generasi muda selaku pemimpin masa depan.

0 comments:

Post a Comment