Thursday 24 November 2011 | By: KEMBOJA

BERITA SEMASA

BANJIR


Musim banjir datang lagi. Banyak kawasan sudah mula ditengelami air dan ada juga yang telah surut. Isuhangat mengucapkan takziah kepada mangsa banjir. Bersabarlah dengan ujian Allah ini, pasti ada hikmah di sebalik musibah ini.
Saya pernah merasa bagaimana teruknya apabila dilanda musibah banjir. Pengalaman mengharungi air sambil mendukung anak yang pada masa tu berusia 2 tahun, isteri bawa beg yang airnya diparas dada anak kedua pada kepekatan malam tiada elektrik serta air yang deras pasti tidak akan dilupa.
Selepas air surut, mengemas rumah yang penuh lumpur serta membuang barang-barang yang rosak ke tepi jalan macam baru dilanda perang. Oleh sebab itu bersyukurlah jika rumah anda tidak dilanda musibah banjir. Bersimpati dan hulurkan apa-apa yang patut kepada mangsa banjir kerana mereka amat memerlukan. Banjir
 walaupun sedalam semeter tapi kesannya memang mengharukan.


Majoriti Mahasiswa Dan Mahasiswi Menyokong Kepimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak

E-mail Print PDF
Kenyataan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011/2012 - Adam Adli mencalar imej UPSI dan tindakan golongan yang membuat demonstrasi bukan mewakili majoriti mahasiswa.
Berikut kenyataan dari Setiausaha Agung MPP UPSI, Shahril Khasin terhadap perbuatan kurang ajar Adam Adli yang mencemar nama baik seluruh mahasiswa dan UPSI dilama sosial FB beliau.
Baiklah, aku cuma nak ulas statement S/U MPP UPSI pada printscreen yang terakhir tu.
Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!
Benar, mereka yang melakukan demontrasi itu hanyalah MINORITI dan bukan majoriti siswa/i. Untuk pengetahuan semua, disetiap kampus/universiti diadakan pilihanraya yang dinamakan Pilihan Raya Kampus (PRK). Pada sessi 2011/2012 majoriti institusi pengajian dimenangi oleh Pro-Aspirasi dan hanya 3 yang dimenangi Pro-Mahasiswa.
Pro-Aspirasi adalah golongan yang lebih ke arah aspirasi serta visi institusi pendidikan berkenaan dan kerajaan Malaysia manakala Pro-Mahasiswa pula adalah lebih ke arah bertentangan atau biasa dipanggil dalam terms "lay-man" pembangkang. Mari kita imbas semula laporan dari Kosmo pada Februari 2011.
Pro-Aspirasi kuasai 7 universiti
KUALA LUMPUR – Pro-Aspirasi terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh buah universiti awam di negara ini.
Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bagaimanapun Pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa sudah berjaya merobek beberapa kubu Pro-Aspirasi.
Menurut jurucakap Pro-Aspirasi UPM, Muhammad Zulkhairi Dzulkifli, semua pemimpin dan pendokong kumpulan tersebut harus bekerja lebih keras pada masa depan bagi memastikan mereka terus mendapat sokongan padu daripada mahasiswa.

Penambahbaikan pastikan AUKU kekal relevan

01/11/2011 10:52pm

KUALA LUMPUR 1 Nov — Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 disifatkan masih relevan, namun beberapa penambahbaikan perlu dilaksana bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa pemimpin pertubuhan belia berpendapat pindaan harus dibuat terutama bagi memperjelas persoalan berhubung hak pelajar berpolitik, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, yang kini dianggap tersekat. Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed berkata beberapa peruntukan AUKU perlu diteliti semula agar dapat diperjelas dan memastikan tidak ada tafsiran berbeza terhadap sebarang peruntukan di bawah akta berkenaan.
"Sekarang keputusan yang dibuat berhubung AUKU tertakluk kepada bagaimana tafsiran akta itu dibuat... mahkamah ada tafsirannya, dan universiti ada sudut pandangannya sendiri,” katanya kepada Bernama.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Syed Anuar Syed Mohamad pula berpendapat AUKU tidak wajar dimansuhkan kerana perlu ada undang-undang bagi mengawal pergerakan serta penglibatan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
"Jika mereka diberi kebebasan sepenuhnya, kita khuatir ada pula pelajar IPT yang bertanding sebagai anggota Parlimen, ini sudah lari daripada asas sebenarnya dan akan mengganggu fokusnya sebagai pelajar,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pindaan perlu dilakukan bagi memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar untuk ”bergerak” dalam politik.
Beliau berkata pandangan dan input pelbagai pihak perlu diperoleh ketika kerajaan meneliti semula akta itu bagi memastikan pindaan yang dilakukan kelak adalah yang terbaik.
Setiausaha Agung Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Ahmad Ansor Mohd Rivai Batubara pula berkata penuntut IPT tidak seharusnya diberi kebebasan total dalam berpolitik, tetapi pada masa sama, suara dan pandangan mereka tidak boleh dikongkong keterlaluan.
"Kalau terlalu bebas, kita risau akan wujudnya ”elemen subversif”, tetapi pelajar tidak boleh didakwa atas kesalahan berpolitik, jadi ada klausa yang perlu ditambah (dalam akta),” katanya.
Beliau juga menolak andaian bahawa pengecualian untuk terlibat dalam politik, jika diberikan, akan menyebabkan pelajar terlalu bebas dan menimbulkan kecenderungan untuk bertindak agresif dalam berpolitik, termasuk mengadakan demonstrasi haram.
"Menurut statistik, tidak lebih daripada 10 peratus daripada penuntut IPT yang berminat untuk berpolitik, yang lainnya ”berpendirian bebas” atau sekadar menjadi ”pengikut,” katanya.
Sebaliknya, kata beliau, apa yang lebih penting, dengan memberi kebebasan berpolitik akan melahirkan lebih ramai penuntut yang matang dan berani untuk bersuara serta menyatakan pendapat mereka.
Katanya, membenarkan penuntut IPT terlibat dalam politik juga merupakan suatu proses ”peremajaan pemimpin” selain memberi pendedahan awal kepada generasi muda selaku pemimpin masa depan.

RESIPI

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....

HOBI



Koleksi Sun flower ....benih dr Ipoh




Kemboja(Richman) ....RM30 sepokok dan menghasilkan lebih 30 anak benih telah diagihkan kepada kawan2

Koleksi 1
Hobi selepas selesai semua assigment


Koleksi 2
Dihasilkan dalam tempoh seminggu

INFO PENDIDIKAN

PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.
Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” adalah amat bertepatan sekali.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.
“Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.
“Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.
“Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S).
“Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif,” jelas beliau.
Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara.
“Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar.
“Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka,” tambahnya.
Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama.
“Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik.
“Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah,” ujarnya.
Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
“Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C,” terang beliau.
Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan.
“Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik,” jelasnya.
Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya
“Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan.
“Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat,” terangnya.
Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.
Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.
“Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif.
“Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu,” jelasnya.

FAMILI SAYA



Bersama Anak-anak Tersayang




MY HAPPY FAMILY

Singgahan ke Terengganu
Wednesday 23 November 2011 | By: KEMBOJA